Mitos Pribumi Malas [Download pdf] - S.H. Alatas


Judul Ebook : Mitos Pribumi Malas

Tebal Ebook : 332 Halaman

Bahasa           : Indonesia

Syed Hussein melihat kapitalisme kolonial yang berlaku di tanah jajahan membawa kepada satu penindasan kepada masyarakat pribumi. Syed Hussein menggunakan Metodologi sosiologi pengetahuan yang mana pengkajian tentang ideologi kapitalisme kolonialisme yang menganggap bahawa masyarakat pribumi malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk melakukan pekerjaan dan begitu pula pengkajian ideologi masyarakat peribumi yang tidak sebegitu rupa walaupun terdapat sebahagian yang berwatakan pemalas tetapi Syed Hussein menganggap perkara ini tidak boleh diwakilkan kepada keseluruhan masyarakat pribumi tersebut.

            Buku ini juga menerangkan bukti – bukti sejarah yang bermula daripada abad ke 16 hingga abad ke 20 yang mana sepanjang masa tersebut berlaku zaman industri (revolusi perindustrian) di barat yang menyebabkan barat melaksanakan dasar imperialismenya di seluruh dunia untuk mendapatkan bahan mentah bagi memenuhi kehendak industri yang pesat. Implikasi daripadanya negara yang lemah telah ditindas dengan diambil semua sumber galian mereka dengan tujuan menampung sumber ekonomi yang semakin berkurangan di barat dan menggunakan helah tertentu untuk membenarkan semua kegiatan pemerasan yang dilaksanakan terutama di kalangan rantau Asia Tenggara ini.   

Idea utamanya adalah berdasarkan kepada ideologi kolonialisme yang menginterpretasi kemalasan pribumi seperti orang Jawa, Melayu dan Filipina sebagai keengganan masyarakat pribumi dalam kegiatan ekonomi mereka semasa penjajahan berlaku. Perkara ini dianggap sebagai satu  andaian yang salah mengenai keperibadian pribumi yang enggan bersama dalam arus kapitalisme kolonialisme tetapi keserakahan dan sifat menghisap kolonial tanpa memikirkan faktor kemanusiaan telah dijadikan sebagai dinding pemisah untuk masyarakat pribumi turut bersama dalam ekonomi kapitalisme. Sebagai contoh kerja paksa dikalangan orang Jawa yang dilaksanakan oleh Belanda, kengganan orang Melayu dalam perladangan dan perkebunan British, dan kemorosatan masyarakat Filipina adalah permasalahan candu yang melanda orang Filipina ketika itu yang digunakan oleh kolonialisme sebagai senjata melemahkan masyarakat pribumi.

 BACA ONLINE S.H. Alatas
 "jika link download bermasalah tolong tinggalkan komentar"
Baca Juga

Post a Comment

0 Comments